Bersih lahirkan rasa bimbang susulan insiden penahanan aktivis


NGO
reformasi pilihan raya, Bersih mengutuk dakwaan polis memukul seorang aktivis yang ditahan polis di Tawau semalam.

Perkara itu ditegaskan Bersih dalam satu kenyataan susulan dakwaan dibuat Mukmin Nantang bahawa dia dipukul di bahu dan dada.

"Bersih mengecam polis yang didakwa menyerang salah seorang aktivis iaitu Mukmin Nantang.

"Tindakan memukul tahanan adalah  salah guna kuasa polis dan pelanggaran hak asasi manusia. 

"Lebih-lebih lagi, aktivis yang ditangkap tidak melawan dan menganiayai polis," kata Bersih.

Media sebelum ini melaporkan, tujuh aktivis ditahan semasa mengadakan bantahan terhadap keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan mereka.

Menurut aktivis itu, kebanyakan penduduk di kampung tersebut bergantung kepada gaji harian dan dengan penguatkuasaan PKPD mereka tidak boleh mencari makan.

Aktivis adakan demo bantah lanjut PKPD
"(Aktivis) akar umbi hanya bersuara untuk menyatakan kesusahan dan cabaran hidup mereka sehari-hari.

"Protes di jalanan menunjukkan bahawa keadaan semakin terdesak dan kerajaan perlu mendengar suara mereka," kata mereka yang turut menggesa pembebasangera tujuh aktivis akar umbi Sabah itu.


Post a Comment

0 Comments