SEMUA kru kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang sebaik meminta kebenaran menyelam di laut pesisir pantai Bali minggu lalu disahkan terkorban.
Pengumuman mengenai perkara itu dibuat Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto dalam satu sidang media semalam.
"Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala-402 telah gugur.
"Bberdasarkan bukti-bukti 'authentic' itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam," katanya secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.
KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.
Ia dikatakan terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaan aset itu untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran.
Pada Sabtu, tentera laut memaklumkan menjumpai serpihan daripada kapal selam itu termasuk serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat.
Susulan itu misi pencarian kapal selam itu bertukar kepada usaha mengeluarkan aset.
Sementara itu menurut Hadi Tjahjanto, berdasarkan visual dari Remotely Operated Underwater Vehicle yang digunakan dalam pencarian kapal itu, telah terakam keadaan kapal yang telah "terbelah menjadi tiga bahagian" di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.
![]() |
Naggala-402 dilapor pecah tiga |
Operasi mencari Naggala-402 turut disertai Singapura, Malaysia, Australia, India dan Amerika Syarikat (AS).
0 Comments