MAHKAMAH Persekutuan membuat keputusan yang memutuskan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak bersalah memfitnah National Feedlot Corporation (NFCorp) dan pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail
Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh tiga panel hakim mahkamah tertinggi itu dalam prosiding yang diadakan pagi tadi.
Panel hakim diketuai Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Mohd Salleh Zawawi, turut dianggotai Hasnah Mohammed Hashim dan Harmindar Singh Dhaliwal turut sebulat suara menolak rayuan NFCorp dan Mohamad Salleh Ismail.
Hakim berkata, NFCorp dan Salleh gagal melenyapkan dakwaan bahawa RM71.4 juta dana awam yang disimpan dalam simpanan tetap di Public Bank, berperanan sebagai kemudahan pinjaman bank untuk pembelian lapan unit harta tanah di KL Eco City yang bernilai RM12 juta pada harga pasaran.
Hakim merujuk pendapat perayu bahawa adalah salah untuk menyatakan bahawa akaun simpanan tetap digunakan sebagai jaminan atau ''leverage' untuk mendapatkan kemudahan pinjaman untuk membeli lapan unit harta tanah itu.
"Tentunya bukan kebetulan bahawa kemudahan pinjaman berasal dari bank yang sama dengan deposit RM71.4 juta.
"Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa bank tidak akan hanya menawarkan pinjaman kecuali mereka berpuas hati bahawa pelanggan yang meminta pinjaman tersebut mampu membayarnya.
"Sekiranya benar bahawa bank-bank hanya memerlukan jaminan atas hak milik untuk pinjaman yang diberikan, maka sesiapa pun yang membeli harta tanah akan diberikan pinjaman bank," kata hakim dipetik.
Harmindar turut berkata Nurul Izzah dan parti KEADILAN telah berjaya bergantung kepada pembelaan justifikasi.
Perayu pertama (Salleh) juga kata Hakim telah gagal mendedahkan sumber pendapatannya untuk membiayai pembelian lapan unit kondominium tersebut selain daripada membuat dakwaan kosong seperti yang dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
"Oleh itu, jelas pada bukti bahawa perayu telah menggunakan deposit RM71.4 juta sebagai leverage untuk mendapatkan pinjaman dari Public Bank.
"Fakta bahawa tawaran pinjaman telah tamat tidak banyak menimbulkan kesan.
"Sebenarnya, tidaklah salah untuk menyimpulkan, dari keseluruhan bukti di dalam perbicaraan, seperti disebutkan di atas, telah berlaku penyalahgunaan dana awam untuk keuntungan peribadi, ”kata Harmindar.
Sehubungan keputusan itu, Mahkamah memerintahkan syarikat itu dan Salleh membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Nurul Izzah dan KEADILAN.
Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh tiga panel hakim mahkamah tertinggi itu dalam prosiding yang diadakan pagi tadi.
Panel hakim diketuai Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Mohd Salleh Zawawi, turut dianggotai Hasnah Mohammed Hashim dan Harmindar Singh Dhaliwal turut sebulat suara menolak rayuan NFCorp dan Mohamad Salleh Ismail.
Hakim berkata, NFCorp dan Salleh gagal melenyapkan dakwaan bahawa RM71.4 juta dana awam yang disimpan dalam simpanan tetap di Public Bank, berperanan sebagai kemudahan pinjaman bank untuk pembelian lapan unit harta tanah di KL Eco City yang bernilai RM12 juta pada harga pasaran.
Hakim merujuk pendapat perayu bahawa adalah salah untuk menyatakan bahawa akaun simpanan tetap digunakan sebagai jaminan atau ''leverage' untuk mendapatkan kemudahan pinjaman untuk membeli lapan unit harta tanah itu.
"Tentunya bukan kebetulan bahawa kemudahan pinjaman berasal dari bank yang sama dengan deposit RM71.4 juta.
"Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa bank tidak akan hanya menawarkan pinjaman kecuali mereka berpuas hati bahawa pelanggan yang meminta pinjaman tersebut mampu membayarnya.
"Sekiranya benar bahawa bank-bank hanya memerlukan jaminan atas hak milik untuk pinjaman yang diberikan, maka sesiapa pun yang membeli harta tanah akan diberikan pinjaman bank," kata hakim dipetik.
Harmindar turut berkata Nurul Izzah dan parti KEADILAN telah berjaya bergantung kepada pembelaan justifikasi.
Perayu pertama (Salleh) juga kata Hakim telah gagal mendedahkan sumber pendapatannya untuk membiayai pembelian lapan unit kondominium tersebut selain daripada membuat dakwaan kosong seperti yang dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
"Oleh itu, jelas pada bukti bahawa perayu telah menggunakan deposit RM71.4 juta sebagai leverage untuk mendapatkan pinjaman dari Public Bank.
"Fakta bahawa tawaran pinjaman telah tamat tidak banyak menimbulkan kesan.
![]() |
Salleh diarah bayar RM50,000 |

0 Comments