PARTI Amanah perlu merombak dan memperbaharui kepemimpinan sedia ada kerana dilihat gagal membawa parti itu ke tahap lebih baik sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Pandangan itu diutarakan dua ahli akademik terkenal yang sering membuat analisis politik semasa.
Menurut Prof Madya Dr Azmi Hassan Amanah dijangka akan memperoleh kerusi yang jauh lebih sedikit berbanding sebelumnya susulan kelemahan mereka menarik ahli baharu ahli baharu dan kegagalan kepemimpinan parti untuk menyerlahkan peranan Amanah dalam landskap politik Malaysia.
“Bukannya mereka kekurangan calon, tetapi bilangan mereka yang sedikit mengakibatkan kurangnya bilangan calon PRU15 (pilihan raya umum ke-15),” katanya dipetik laporan FMT.
Atas sebab itu beliau berkata, kepemimpinan Amanah perlu berfikir semula, bermula dengan menginsafi bahawa pengaruh mereka yang semakin berkurangan bermakna mereka paling kurang berpengaruh dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
Seorang lagi ahli sains politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, Amanah kehilangan daya tarikan sehingga Ahli Parlimen mereka sendiri hilang keyakinan untuk menang dalam pilihan raya akan datang.
“Ini bermakna parti itu mungkin masih perlu bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad.
“Walaupun pemimpin dan ahli parti itu yang lebih sederhana teragak-agak untuk melakukannya,” kata beliau.
Beliau turut mengulas kekurangan sokongan rakyat terhadap parti itu terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
Selama ini jelasnya Amanah banyak bersandar kepada sekutunya dalam HARAPAN, tetapi gagal memenangi kerusi, hatta di Terengganu dan Kelantan, di mana sokongan untuk mereka patutnya paling kuat,” kata beliau.
Beliau memberi amaran bahawa Amanah tidak lama lagi mungkin akan kehilangan ahlinya kepada HARAPANN dan KEADILAN sekiranya ia tidak mengembalikan keyakinan dalam kalangan mereka.
![]() |
Amanah dilihat gagal kukuhkan sokongan |
Langkah dibuat Adun Senggarang Khairuddin A Rahim; Adun Serom Faizul Amri Adnan; dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit itu menyusul tindakan Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar serta Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman yang sebelum ini turut 'berhijrah' ke KEADILAN.
0 Comments