Kit Siang dakwa PN tak peduli kesusahan rakyat

 


PEMIMPIN veteran DAP Lim Kit Siang mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana keengganan menangguhkan denda RM10,000 bagi pelanggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga masalah pelaksanaannya diselesaikan.

Melalui satu kenyataan, Kit Siang yang merupakan  Ahli Parlimen Iskandar Puteri menegasakan bahawa keengganan itu menunjukkan bahawa kerajaan langsung tidak peduli mengenai kesusahan rakyat, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan hari ini telah jauh tersasar daripada prinsip menjadi kerajaan yang berteraskan rakyat.

“Kerajaan langsung tidak peduli mengenai kesusahan yang dihadapi oleh rakyat dengan memaksa rakyat untuk melalui pelbagai masalah untuk ke pejabat kesihatan daerah untuk merayu supaya denda kompaun sebanyak RM10,000 ini dapat dikurangkan.

“Ini terutamanya apabila tidak ada sebarang garis panduan sekalipun untuk proses rayuan ini,” katanya.

Di bawah Ordinan Darurat, denda RM1,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM10,000 berkuatkuasa 11 Mac,

Peningkatan denda yang bukan diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi melalui kuasa darurat itu menerima kritikan kuat dari masyarakat dan parti politik.

Susulan itu beberapa parti politik antaranya DAP, Amanah dan KEADILAN menawarkan bantuan khidmat guaman kepada individu yang dikompaun dan merasakan diri mereka dianiayai akibat tindakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Perkara sama turut dilaksana Umno.
 
Mengulas lanjut, Lim berkata dia terkejut dengan pendirian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob semalam yang berkata kerajaan tidak akan membatalkan denda RM10,000 itu.

Kit Siang dakwa PN tak peduli kesusahan rakyat
“Kita hanya akan tahu mengenai perkara ini selepas mesyuarat kabinet hari ini, sama ada seorang daripada sejumlah ramai dalam kabinet ini yang akan cuba untuk mewakili suara rakyat yang tersepit dan sama ada menteri tersebut bersedia untuk meletakkan jawatannya sebagai tanda bantahan terhadap ordinan darurat yang zalim dan tidak berpatutan ini,” katanya lagi.
 

Post a Comment

0 Comments