Anwar tanya berapa Pharmaniaga dapat komisyen


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan ketelusan kerajaan dalam mendapatkan vaksin Covid-19 serta pelaksanaan program vaksinasi

Melalui satu kenyataan Anwar bertanyakkan parameter yang digunapakai dalam membuat keputusan itu setelah sejumlah RM3 bilion wang negara telah dibelanjakan bagi mendapatkan pelbagai jenis vaksin.
 
“Misalnya, berapakah jumlah komisen yang dibayar pada Pharmaniaga bagi mendapatkan vaksin Sinovac?" soalnya.

Bulan lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) akan mengendalikan rantaian proses pembekalan vaksin Sinovac yang dibeli secara pukal.

Syarikat itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk membekalkan 12 juta dos vaksin Sinovac Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diedar ke hospital, klinik dan pusat kesihatan yang ditetapkan, setelah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Tidak seperti vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca yang dibeli secara terus oleh kerajaan, Sinovac dibeli daripada Pharmaniaga yang bertanggungjawab melaksanakan proses pembotolan vaksin itu.

Khairy dalam sidang media pada 12 Januari lalu dilapor media sebagai berkata, harga Sinovac yang Malaysia beli dari Pharmaniaga adalah lebih rendah berbanding jika Malaysia membeli secara terus produk siap daripada Sinovac itu sendiri.

Sementara itu, Anwar juga bertanyakan sekiranya kerajaan berminat mendapatkan vaksin dari sumber lain.

“Selain itu, terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa kerajaan India menawarkan untuk memberi vaksin secara percuma kepada beberapa negara.

Anwar bertanyakan beberapa parameter digunapakai
“Adakah Malaysia ditawarkan vaksin percuma tersebut?” soalnya dipetik laporan Malaysiadateline.

Anwar sebelum ini menegaskan bahawa kerajaan perlu bertindak telus bagi memaklumkan kepada rakyat dalam isu pengurusan vaksin.

Post a Comment

0 Comments