BEKAS Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani membidas kenyataan Mohamed Azmin Ali berhubung laporan kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
Tegasnya, kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa negara bersikap "lebih selektif" dalam menarik pelaburan asing bagi mewajarkan kemerosotan itu adalah sangat sukar diterima dan tidak masuk akal.
Menyentuh beberapa laporan berita sebelum ini berhubung keputusan syarikat multinasional (MNC) ternama menghentikan operasinya di negara ini, Johari menegaskan bahawa mesti sebab untuk syarikat terbabit mengambil keputusan itu.
"Apa yang saya tak boleh tahan, IBM kata nak tutup bulan Mei dan kilang Sony di Pulau Pinang pun tutup...Tiada orang pergi jumpa dan bincang (dengan mereka)," katanya sambil menegaskan bahawa ketika keadaan pendemik melanda sekalipun Malaysia jauh ketinggalan dengan negara jiran Indonesia.
"Wabak Covid-19 lebih teruk di Indonesia tetapi FDI sehingga AS$18 bilion pada 2020, sementara FDI Malaysia merosot kepada AS$2.5 bilion pada tahun sama," tambahnya.
Azmin sebelum ini menafikan negara kehilangan pelaburan asing daripada MNC kepada negara-negara jiran sebaliknya kemerosotan FDI sehingga 68 peratus yang dilaporkan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB pada Januari itu berpunca dari sikap kerajaan yang selektif dari segi pelaburan yang masuk ke negara.
"Ada seorang menteri ini lagi dahsyat (kata pelaburan) jatuh sebab kita selektif. Kepala otak dia pelaburan ada (boleh) selektif," kata Johari ketika perbahasan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC, Kuala Lumpur.
Untuk rekod, seorang pemimpin KEADILAN sebelum ini mengkritik sikap Azmin terhadap isu pelaburan yang semakin merosot.
BACA: KEADILAN tempelak alasan Azmin
BACA: Pelabur lari, apa kerajaan PN buat? - Anwar
Bendahari Agung parti itu, Lee Chean Chung berkata, tiada sebarang penjelasan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenai sebab atau alasan munasabah syarikat MNC meninggalkan Malaysia.
Pentadbiran Muhyiddin juga jelasnya tidak tidak mengumumkan apa-apa penyelesaian untuk mengatasi kehilangan pelabur asing 'berkualiti' itu kepada orang ramai.
![]() |
Johari Abdul bidas alasan Azmin Ali |
Sementara itu, Johari menegaskan bahawa syarikat asing lebih suka melabur di negara yang tinggi tahap demokrasinya.
Justeru katanya lagi, darurat yang telah memberi kesan kepada kemasukan pelaburan asing mesti ditamatkan.
0 Comments