MAHKAMAH Tinggi Malaya di Kota Bharu hari ni menolak saman dikemukakan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk Husam Musa.
Peguam yang mewakili Husam, Shamsul Baharin Abdullah memaklumkan keputusan itu dibuat Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang turut mengarahkan agar kos perbicaraan dibayar oleh Air Kelantan Sdn. Bhd kepada Husam.
"Mahkamah mengarahkan AKSB membayar kos perbicaraan anak guam kami," katanya dipetik laporan sebuah portal.
Selain Shamsul Baharin, Husam diwakili Noorazham Yahaya dan Rusilawati Zakaria.
Manakala Air Kelantan di wakili pasukan peguam yang diketuai oleh Pengerusi Lujnah Undang-Undang Pas Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah.
Tindakan saman terhadap Husam dibuat selepas beliau membuat kenyataan bahawa syarikat berkenaan menyeleweng berhubung projek bekalan air di Merbau, Chondong, Kelantan.
Saman ini berkait dakwaan Husam di dalam satu sidang media pada Mac 2018 yang lalu, Husam mendedahkan berlaku keraguan dalam pemberian tender mereka bentuk, membina dan menyiapkan kerja-kerja mekanikal serta berkaitan untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong, fasa kedua bernilai RM27.1 juta.
Dakwa Husam apa yang mengelirukan, surat tawaran kepada dua syarikat masing-masing CDAH Construction Sdn Bhd dan JV Jangka Prestasi Sdn Bhd dikeluarkan pada 22 Januari 2015, Namun syarikat berkenaan hanya didaftarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 9 Mac 2015.
![]() |
AKSB turut diarah bayar kos perbicaraan |
Sementara itu Shamsul Bahari berkata, pihaknya dalam pembelaan kes membangkitkan ius justifikasi, komen berpatutan dan kelayakan hak istimewa iaitu kenyataan Husam dibuat agar siasatan dibuat oleh pihak berkenaan terhadap isu itu.
0 Comments