KEADILAN akan menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Tebarau, Steven Choong susulan tindakannya meninggalkan parti berkenaan dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan Bendahari Agung KEADILAN Lee Chean Chung dalam satu kenyataan hari ini.
Mlalui tuntutan itu Choong dikehendaki membayar RM10 juta dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan undang-undang.
“Dia perlu menjelaskan pampasan tersebut dalam tempoh tujuh hari, jika tidak tindakan mahkamah akan diambil,” katanya Chean Chung.
Pada 28 Feb lalu Choong - bersama Ahli Parlimen Julau Larry Sng - berpaling tadah daripada KEADILAN dan mengumumkan untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong PN dikepalai Muhyiddin.
Pengumuman mengejut kedua-dua Ahli Parlimen itu dibuat ditengah situasi Muhyiddin selaku perdana menteri didakwa telah hilang majoriti di parlimen.
Choong memberi alasan bahawa dia menyokong kepimpinan Muhyiddin kerana mahu menyelesaikan isu-isu rakyat.
Bagaimanapun menurut Chean Chung, larry Sng pula tidak diberikan tuntutan serupa oleh KEADILAN kerana Ahli Parlimen itu terbabit tidak bertanding sebagai calon parti itu ketika pilihan raya umum lalu.
Dalam perkembangan sama, Chean Chung yang juga adalah ADUN Semambu turut memaklukan bahawa proses tuntutan sama terhadap beberapa bekas Ahli Parlimen parti itu yang keluar parti susulan 'Langkah Sheraton' tahun lalu masih berjalan.
![]() |
Prosiding tuntutan lain sedang berjalan |
“KEADILAN membantah permohonan ini yang tidak berasas dan tanpa merit. Kedua-kedua pihak sedang dalam proses membalas afidavit.
“Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes yang seterusnya ialah pada 1 April ini untuk mendapatkan arahan yang lanjut berkenaan kes ini,” katanya dipetik.
0 Comments