KERAJAAN digesa membenarkan pasangan serta keluarga yang terpisah akibat penutupan sempadan dibenarkan bersatu.
Gesaan itu dibuat Kumpulan Penyokong Pasangan Asing (FSSG) susulan pengakuan seorang timbalan menteri bahawa beliau berada di New Zealand selama 55 hari untuk bersama keluarganya.
Pengasas bersama FSSG, Bina Ramanand berkata yang dipetik laporan media turut membuat gesaan supaya kerajaan mempercepatkan proses untuk menyatukan semula keluarga yang terpisah akibat penutupan sempadan negara serta perbezaan kerakyatan.
“Pasangan dan anak yang bukan warga tempatan di sini terpisah daripada keluarga mereka yang merupakan warganegara sejak berbulan-bulan lalu, walaupun pelbagai rayuan dibuat kepada Jabatan Imigresen.
“Rakyat asing yang tinggal di Malaysia kerana bekerja untuk syarikat multinasional bukan saja dinafikan pas lawatan sosial jangka panjang, malah ada yang diminta meninggalkan negara ini.
“Tidakkah keluarga ini juga berhak tinggal bersama di Malaysia? Kami menggesa perdana menteri melayan rakyat biasa ini sama rata dengan golongan kenamaan,”soalnya.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar yang merupakan Ahli Parlimen Segamat dilapor bercuti untuk bersama keluarganya d New Zealand hampir tiga bulan.
Santhara dalam penjelasannya berkata, beliau ke New Zealand dengan kelulusan cuti dari Muhyiddin Yassin untuk 'menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab'
Sementara itu, rakyat mengkritik alasan diberikan timbalan menteri itu. Ia turut menarik perhatian bekas Ahli Parlimen Batu Pahat.
Mohd Puad Zarkashi dalam catatan di laman sosialnya menegaskan bahawa seseorang Ahli Parlimen seharusnya sentiasa berada di kawasan parlimen yang diwaklili mereka.
Sementara Zulhazmi Sharif, bekas Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini yang dipetik laporan Malaysia dateline membangkitan tiga persoalan berhubung 'percutian' Santara itu.
![]() |
Gesaan dibuat selepas timb menteri 'lulus' cuti luar negeri |
"Kedua, bagaimana timbalan menteri boleh dibenarkan rentas negara ke New Zealand dalam keadaan warga tidak boleh rentas daerah dan rentas negeri sehinggakan rentas rumah pun tidak digalakkan.
"Ketiga, bagaimana timbalan menteri boleh bercuti dalam keadaan negara sedang tenat menghadapi pandemik,' soalnya.
Difahamkan di bawah Jacinda Ardern, new Zealand diiktiraf sebagai antara negara terbaik di dunia dalam mengawal Covid-19 kerana kawalan yang ketat dikenakan termasuk untuk keluar masuk negara itu.
0 Comments