SATU tinjuan dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE) berhubung sama ada Muhyuiddin Yassin harus kekal sebagai perdana menteri sehingga tempoh Parlimen penggal ini berakhir memberi hasil mengejutkan.
Dari tinjuan itu hanya 19 peratus responden bersetuju dengan saranan itu semenyata majoriti 46 peratus responden mahu Ahli Parlimen Pagoh itu berundur kerana tidak lagi memiliki sokongan.
Dua peratus lagi berkata, bahawa Muhyiddin perlu meneruskan perisytiharaan darurat untuk terus berkuasa.
Baki responden dalam laporan "Mood Rakyat Malaysia Siri 1" IDE yang diterbitkan semalam itu pula berpandangan bahawa pilihan raya umum baru harus diadakan segera.
Pengurus kanan bahagian penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir yang dipetik laporan media berkata, 8,352 sampel berkenaan diperoleh secara dalam talian melalui kaedah pensampelan pelbagai peringkat.
Tinjauan dijalankan dalam talian antara 19 Februari dan 28 Februari, bertepatan dengan ulang tahun pertama “Langkah Sheraton" yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam perbincangan secara maya, dapatan tinjauan berkenaan, Khairul Arifin berkata, perincian persampelan akan didedahkan pada kemudian hari oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDE, Mohammad Redzuan Othman.
Tinjauan itu mendapati bahawa semua kumpulan etnik utama menyokong supaya Muhyiddin mengundurkan diri, walaupun kaum Cina lebih cenderung memilih supaya pilihan raya baru diadakan. (21 peratus).
Peratusan responden Melayu yang memilih supaya Muhyiddin kekal sehingga tempoh parlimen berakhir adalah lebih tinggi (22 peratus) berbanding kumpulan etnik lain.
![]() |
Sokongan pada Muhyiddin makin merudum |
Kehilangan sokongan itu dipercayai berdasarkan kegagalan kerajaan menangani pendemik Covid-19 sehingga mencetuskan semula gelombang ketiga dan kelemahan pemimpin kerajaan dalam mentadbir sehingga menjejaskan ekonomi negara.