TINDAKAN beberapa Ahli Parlimen KEADILAN melompat parti bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin Yassin tidak akan melemahkan parti itu.
Timbalan Ketua Penerangan, Parti Keadilan Rakyat, Manivannan Gowin dalams atu hantaran di laman Facebooknya menyifatkan KEADILAN umpama sebuah pokok yang akan terus subur sekalipun semua daun yang dijangkiti gugur dengan sendirinya.
Kata bekas Ahli Parlimen Kapar itu lagi, tindakan dilakukan beberapa bekas wakil rakyat parti itu merupakan proses pembersihan bagi memastikan individu yang benar-benar mahu berjuang untuk rakyat akan kekal dalam parti itu.
“Sejak kebelakangan ini KEADILAN sedang melalui beberapa siri ujian mengenai ciri-ciri politik dan kesinambungan parti termasuklah beberapa tokoh politik terkenal yang telah dihasilkan oleh parti atas nama perjuangan dan reformasi, menempuh perjalanan yang berbeza sehingga menimbulkan persoalan apakah KEADILAN semakin lemah dan berkecai dengan perkembangan terkini.
“KEADILAN merupakan satu-satunya parti yang dibentuk hasil perjuangan dan ketidakadilan serta rungutan ini mendorong untuk memperjuangkan keadilan dan memimpin kita untuk memperjuangkan agenda reformasi.
“Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seorang pemimpin akan terserempak dengan kata-kata seperti perjuangan, ketidakadilan dan reformasi dan kata-kata ini bukan hanya sekadar manis dibibir saja, tetapi ia menjadi tonggak kewujudan serta telah menjadi darah daging dalam pengembaraan politik sehinggakan menjadi garis panduan ciri-ciri dan prinsip perjuangan kesinambungan parti,” ujar Manivannan.
![]() |
Parti KEADILAN tidak akan lemah |
Parti itu juga tegasnya walaupun pernah dirujuk sebagai ‘parti nyamuk’ tetapi kini tetap kuat untuk terus bangkit melawan semua muslihat dan ancaman.
0 Comments