PEMIMPIN politik yang dengan mudah boleh dijual beli bagi mendapatkan sokongnnya boleh mendatangkan ancaman kepada negara, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Ahli Parlimen Kota Raja melalui satu kenyataan berkata, pemimpin mesti menghormati demokrasi yang diamanlkan iaitu yang majoriti menjadi pemerintah manakala minoriti menjadi pembangkang walaupun dalam masa sama mengakui pilihan raya tidak sempurna.
“Apabila wakil rakyat boleh dijual beli di pasaran politik negara, maka tidak mustahil wakil rakyat juga boleh dibeli di peringkat antarabangsa yang ianya merupakan ancaman kepada negara,” katanya.
Mohammad yang merupakan bekas Menteri Pertahanan ketika era Pakatan Harapan (HARAPAN) turut berkata, rakyat muak dengan 'permainan politik' pihak tertentu sehingga menyebabkan majoriti rakyat tidak lagi menghormati ahli politik.
“Tahun 2020 yang diharapkan akan berlakunya pencapaian tinggi negara seperti terkandung dalam Wawasan 2020 telah bertukar menjadi tahun kehancuran demokrasi.
“Wakil-wakil rakyat boleh dijual beli dan bertukar-tukar parti setelah memenangi pilihan raya dengan undi rakyat. Undi rakyat tidak lagi berharga,” ujarnya mengulas ‘Langkah Sheraton’ yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tindakan beberapa Ahli Parlimen yang berpaling tadah baru-baru ini.
![]() |
Ahli politik khianat ancaman negara, kata Mat Sabu |
“Oleh itu, kita semua rakyat Malaysia perlu bertindak segera untuk meletakkan kembali asas demokrasi untuk mengembalikan keharmonian hidup rakyat Malaysia,” tambahnya lagi.
0 Comments