Anwar, Wan Azizah terima suntikan vaksin dos pertama

 


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahin selesai menerima suntik vaksin Covid-19 bagi dos pertama di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam satu perkongsian di akaun Facebooknya, Anwar yang juga Presiden KEADILAN, mengucapkan terima kasih kepada pasukan petugas perubatan yang diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat yang diberikan sepanjang proses vaksinasi berlangsung.

Turut menerima suntikan vaksin dos pertama pagi tadi ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Sementara itu Anwar juga menggesa orang ramai untuk tidak melengahkan untuk mendaftarkan diri menerima vaksin di Aplikasi MySejahtera.

Kerajaan tegasnya perlu mempermudahkan proses pendaftaran vaksin dipermudahkan kerana ia dilihat terlalu rumit ketika ini dengan borang dan semakan.

“Saya cadang permudahkan proses pendaftaran dan tatkala mengambil vaksin, memandangkan terlalu rumit dengan borang dan semakan.

“Saya juga harap rakyat sedar akan kepentingan vaksin dan tingkatkan pembacaan tentangnya. Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita,” katanya dalam perkongsian itu.

Dalam perkembangan sama, sekumpulan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan turut menerima vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, mereka menganggap penting untuk divaksin walaupun ada ura-ura mengenai risikonya, bagi meyakinkan masyarakat yang ia selamat.

 Anwar dan Wan Azizah terima vaksin pagi tadi
Selain Teresa, Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan lain yang menerima vaksin Pfizer BioNTech hari ini adalah Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Lim Lip Eng (Kepong), Hannah Yeoh (Segambut), Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) dan P Prabakaran (Batu).

Bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan bekas menteri sumber manusia, M Kula Segaran (Ipoh Barat) serta juga menerima suntikan itu.

Kok berkata, mereka turut menemui Timbalan Menteri Luar, Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak), bekas menteri pendidikan tinggi, Idris Jusoh (Besut) dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi turut dilapor telah menerima suntikan itu.

Sebagai rekod,  Ahli Parlimen antara golongan diberikan keutamaan divaksin dalam fasa pertama program imunisasi kebangsaan yang bermula bulan lalu.


 


 

Post a Comment

0 Comments