BEKAS Ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago menyifatkan rancangan kerajaan Kedah mengurangkan bekalan air ke Pulau Pinang dengan membina takungan air besar di sepanjang Sungai Muda seperti pengisytiharan perang terhadap Pulau Pinang.
Dipetik laporan media, Ahli Parlimen Klang itu berkata, SPAN perlu bertindak segera kerana ia adalah tanggungjawab statutorinya untuk memastikan bekalan air mengalir bebas di Pulau Pinang, dan menghentikan rancangan Sanusi daripada diteruskan.
“Kenapa Kedah mengisytihar perang terhadap Pulau Pinang? Ini ialah tindakan sabotaj kerana ia akan memudaratkan keselamatan dan kesihatan penduduk Pulau Pinang. Ketika darurat, kerajaan perlu menahan beliau (Sanusi).
“SPAN perlu bertindak sebagai penimbang tara dan tidak membiarkan projek seperti itu diteruskan kerana ia akan memberi kesan kepada semua industri dan pengguna di Pulau Pinang,” katanya sambil menambah air sangat penting untuk kegunaan industri dan tujuan sanitasi.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilapor media sebagai berkata, 14 takungan air akan dibina di sepanjang Sungai Muda untuk memastikan air mencukupi bagi penduduk Kedah dan penanam padi di sepanjang sungai.
Untuk rekod, kemelut air antara Kedah dan Pulau Pinang berlarutan sejak kerajaan dipimpin Timbalan Pesuruhjaya PAS itu mengumumkan rancangan perlombongan elemen nadir bumi (REE).
BACA: Projek REE Kedah bakal bawa kemusnahan - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) yang bimbang tentang masa depan kawasan tadahan air untuk sekitar 4.2 juta penduduk di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di hutan simpan Ulu Muda yang mengalir ke Sungai Muda menggesa supaya rancangan melombong REE dihentikan.
Ia kemudian disusuli tuntutan pampasan bayaran caj air mentah yang diekstrak Pulau Pinang dari Sungai Kuala Muda sebagai bayaran pampasan untuk keawasan takungan.
Kedah nafi ugutan Pulau Pinang
Sanusi sebelum ini pernah secara sinis berkata, mahu mengarahkan penduduk kampung menyekat air dari Sungai Muda di negeri itu dari terus mengalir ke Pulau Pinang.
BACA:Warganet kurang senang dengan 'seloroh' MB Kedah
Malah yang terbaharu berkata, Pulau Pinang berkemungkinan terpaksa menggunakan air selut sekiranya mereka terus enggan membayar caj air mentah kepada Kedah.
"Jika tidak bayar (caj air mentah), takpa dia gunalah (secara percuma), sampai hari keluar air selut, dia guna lah air selut tu," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Yan di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, Kedah kemudian menafikan membuat kenyataan berbaur ugutan. Sanusi berkata, kenyataanya sebelum ini sebagai peringatan awal untuk Pulau Pinang bersedia.
"Saya maklumkan supaya mereka bersedia sebab kita akan buat projek TAPS. Kita akan takung air Sungai Muda sewaktu banyak dan setiap 14 TAPS ada kawasan takungan besar dengan kedalaman 20 hingga 30 meter serta lebar sehingga satu kilometer.
"Selut terjadi apabila air tinggal sedikit, siapa biasa mandi sungai akan tahu ketika air banyak ia jernih dan laju, tetapi apabila air perlahan dan tinggal sedikit akan jadi berselut," katanya semalam.
![]() |
Kenyataan Sanusi penuh dendam, kata Guan Eng |
“Dengan mengugut mengurangkan air kepada 1.7 juta orang Pulau Pinang, dan itu juga datang daripada rakyat Malaysia seperti Sanusi, menjadikan ini bahaya yang jelas dan nyata bagi penduduk Pulau Pinang,” kata Lim.