BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempersoalkan adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkemampuan membuktikan ia merupakan agensi bebas, berkecuali dan profesional.
Merujuk pendedahan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP itu berkata SPRM perlu membuktikan kemampuan mereka itu dengan menyiasat Muhyiddin Yassin.
Tambahnya, Suruhanjaya itu sekurang-kurangnya perlu menyatakan secara terbuka bahawa usaha melompat parti kerana wang atau melalui pertukaran habuan adalah salah di sisi undang-undang dan merupakan amalan rasuah.
“Ironinya, perdana menteri telah menjadikan pencegahan rasuah sebagai salah satu komitmen utamanya dalam kerajaan.
“Namun hakikat sebenar tidak menyebelahi retorika Muhyiddin,” jelasnya dalam kenyataan .
Pada Selasa, Choong yang menyatakan kesetian dan sokongan kepada kerajaan dikepalai Muhyiddin - selepas 'mengkhianati' Pakatan Harapan (HARAPAN) mendedahkan Muhyiddin menjanjikan jawatan rasmi yang akan diberikan kepadanya .
BACA: Choong dakwa PM janji jawatan, dedah nama 2 'orang tengah'
BACA: Natrah lapor SPRM
Dipetik satu laporan media, Choong turut mendedahkan dua individu yang menghubungi dan membawanya bertemu Muhyiddin.
Selain Choong, Ahli Parlimen Julau turut meninggalkan HARAPAN untuk menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong Muhyiddin.
Tindakan kedua-duanya berlaku ketika jumlah sokongan ahli parlimen kepada Muhyiddin menyusut selepas beberapa wakil rakyat Umno menarik semula sokongan mereka dari Presiden Bersatu itu.
Dua Ahli Parlimen KEADILAN baru-baru ini turut mendedahkan ada usaha membawa mereka keluar dari parti itu bagi menyokong Muhyiddin. Natrah Ismail (Sikijang) mendakwa didatangi dua individi yang cuba memujuknya.
Sementara itu, Guan Eng turut menyentuh aporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2020 yang mendedahkan kedudukan Malaysia semakin merosot.
Kata Guan Eng, kekurangan pengawasan terhadap tender terbuka, pelantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan, penarikan pertuduhan adalah antara punca utama kemerosotan kedudukan tersebut.
![]() |
Mampukan SPRM siasat Muhyiddin, soal Guan Eng |
0 Comments