PARTI Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) dan Umno Terengganu bersedia untuk saling berlawan pada Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.
pengerusi Bersatu negeri itu, Razali Idris berkata pihaknya bersedia meletakkan calon parti itu dimana sahaja Umno meletakkan calon mereka.
Ia sebagai respon terhadap laporan yang memetik kenyataan Umno bahawa mereka mahu bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan parlimen di negeri itu.
Dipetik laporan media, Razali berkata Bersatu akan berbincang dengan PAS Terengganu bagi mendapatkan kerusi untuk melawan Umno.
“Kita akan berbincang dengan kepemimpinan PAS dan Menteri Besar (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) untuk membenarkan kita (Bersatu) letak calon.
“Kita akan berbincang di mana kerusi Umno, di situ kita akan lawan,” katanya, petik Utusan Online hari ini.
Untuk rekod PAS menjalin kerjasama dengan kedua-dua parti, PAS merupakan rakan gabungan dengan Bersatu melalui Perikatan Nasional dan sekutu dalam Muafakat Nasional (MN).
Susulan tindakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengutuskan surat kepada presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada hujung Feb bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) untuk tidak lagi bekerjasama dengan parti itu pada PRU akan datang, PAS dilihat masih tidak menyatakan pendirian mereka dengan jelas dengan pihak mana mereka akan meneruskan kerjasama.

![]() |
Bincang dengan PAS untuk lawan Umno |
Sementara itu, ketika mengulas tindakan Umno menamatkan kerjasama dengan Bersatu menjelang PRU akan datang, Razali beranggapan bahawa ia tidak akan membawa masalah kepada Bersatu.
"Tidak ada masalah kerana sebagai ahli politik, pilihan raya adalah kerja kita,” katanya dipetik.

0 Comments