Treler masuk gaung, pemandu 30 tahun maut


SEORANG l
elaki dilapor maut selepas treler muatan besi buruk dipandunya terbabas sebelum terjatuh gaung di km 218 Lebuhraya Pantai Timur dekat Kuantan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Kamarulzaman Jusoh yang dipetik laporan media berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Syafiq Atan, 30.

Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah adiknyab Mohd Izwan, 24, yang juga kelindan treler tersebut. Mohd Izwan dilapor mengalami patah kaki dalam kemalangan kira-kira 6.10 pagi tadi.

“Treler itu dipercayai terbabas ke pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung di sebelah kiri laluan pada kedalaman 130 meter dari paras jalan,” kata Kamarulzaman dalam kenyataan.

Kedua-dua mangsa berasal dari Langgar, Kedah itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

Sementara itu, 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas bersama sebuah jentera digerakan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Pahang memaklumkan  selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.16 pagi.

Treler dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan
Mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mohd Izwan yang cedera dalam kemalangan itu turut telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Susulan kemalangan itu, pihak berkuasa kini menjalankan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan

Post a Comment

0 Comments