KERAJAAN Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak terlibat terbabit dalam semakan buku teks sekolah yang didakwa terdapat unsur fakta yang dimanipulasi.
Perkara itu dinyatakan bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching susulan dakwaan pemuda Umno melalui Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki bahawa buku teks sejarah Tingkatan 4 terdapat unsur fakta dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Menurut Nie Ching semakan dijalankan oleh pakar sejarah, pensyarah universiti awam, guru-guru cemerlang sejarah, pegawai kurikulum dalam Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan Mata Pelajaran Sejarah, serta panel rujukan.
Malah proses semakan tersebut jelasnya diserahkan kepada kumpulan profesional dan tidak dilakukan pada era pemerintahan HARAPAN.
"Proses semakan tersebut bermula pada 2017, katanya dipetik laporan FMT.
Menurut laporan itu, antara pakar terlibat adalah Abdullah Zakaria Ghazali dari Kolej Universiti Islam Melaka, Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia, Ishak Saat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah, Neilson Ilan Mersat dari Universiti Malaysia Sarawak, Rohani Ab Ghani dari Universiti Utara Malaysia, dan Ho Hui Ling dari Universiti Malaya.
Panel itu dipengerusikan Kamaruzaman Yusoff dari Universiti Teknologi Malaysia.
Asraf dipetik laporan media sebelum ini menggesa Kementerian Pendidikan menarik balik buku teks sejarah Tingkatan 4.
Beliau mendakwa terdapat unsur memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang komunis dan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA).
Asyraf juga mendakwa kerajaan lepas secara “secara halus dan dan tersirat” mengangkat anggota komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan.
"Perkara ini semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan 9HARAPAN) yang memerintah bagi menanamkan benih ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan secara halus menyuci pemikiran pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidaklah buruk malah diangkat sebagai antara ideologi yang memperjuangkan kemerdekaan,” kata Asyraf Wajdi dipetik laporan media.
![]() |
HARAPAN langsung tidak terlibat proses semakan |
BACA: Maszlee sekolahkan Asyraf
Beliau turut menjelaskan, mustahil HARAPAN melakukan semua proses itu dalam masa setahun lebih memerintah kerana proses penggubalan kurikulum sebenarnya mengambil masa beberapa tahun dan melibatkan panel pakar berpengalaman dalam subjek Sejarah.
Sementara itu, Nie Ching dipetik laporan berkata, pihaknya akan berbincang dengan penasihat undang-undang bagi tindakan selanjutnya susulan kenyataan dibuat Asraf itu.
0 Comments