Surat dari doktor: Husam sedia potong elaun bantu frontliner



KERAJAAN Persekutuan disaran menggunakan wang potongan peruntukan anggota Dewan Negara dari Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi membantu keperluan hospital dan barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19.

Saranan itu dibuat Husam Musa melalui satu surat yang diutus kepada Muhyiddin Yassin selepas  tular surat terbuka doktor dari Hospital Sungai Buluh yang disiarkan sebuah portal berhubung tekanan dialami oleh petugas-petugas kesihatan dalam menangani wabak Covid-19.

"Saya percaya, wang peruntukan itu agak besar jumlahnya kerana sebahagian besar kami ahli dewan negara HARAPAN belum sempat membelanjakannya kerana baru saja diluluskan pada waktu itu.

"Saya berharap perdana menteri boleh menggunakan baki peruntukan kami itu untuk meningkatkan kebajikan atau keperluan perubatan semua hospital-hospital di seluruh negara, jika tidak pun dipulangkan kepada kami sebahagian darinya untuk kami juga berkhidmat kepada rakyat dengan sewajarnya," katanya dalam surat yang dilampirkan bersama hantaran di Facebook.

Husam sementara itu berkata, sebagai tanda soladariti dengan petugas di Hospital Sungai Buluh, beliau sedia memetong elaun sebanyak RM1,000 sebulan bagi membantu petugas barisan hadapan.

"Sebagai tanda kebersamaan saya terhadap 'doktor dari Hospital Sg Buluh' ini yang mungkin mewakili petugas kesihatan di semua hospital di seluruh negara, saya dengan rendah hati menderma sebanyak RM1,000 sebulan daripada elaun saya selaku ahli Dewan Negara bermula dengan gaji bulan Januari sehingga wabak Covid-19 ini reda, dengan pertolongan Allah," kata ketua Amanah kawasan Kota Bharu itu.

Terdahulu, seorang doktor di Hospital Sungai Buluh, dimana pesakit Covid-19 dirawat ditempatkan mendakwa keadaan sudah melampaui paras 'breaking point'.

Beliau yang suratnya disiar di sebuah portal tempatan mendakwa petugas barisan hadapan berdepan pemotongan peruntukan, kekurangan tenaga kerja, kesesakan dan juga kemudahan asas sepatutnya tidak disediakan.  

Doktor tersebut turut mengeluh kerana mereka tidak dapat makan dengan betul untuk kekal bertenaga.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam maklum balasnya berkata,  mereka mengambil berat persekitaran kerja dan keperluan petugas kesihatan dan ebebrapa langkah sedang diusahakan.

Menyentuh isu pemakanan buat petugas hadapan, JKNS berkata, makanan dibekalkan kepada semua anggota perubatan atas panggilan (on-call) berdasarkan surat pekeliling KKM.

Petugas jelasnya makanan masih boleh diperolehi daripada kafetaria atau kedai makan (food outlets) yang beroperasi di hospital, selain membuat pesanan secara dalam talian.

"Semasa awal epidemic Covid-19 ini, di Hospital Sungai Buloh, terdapat banyak sumbangan makanan yang diterima oleh pihak hospital dari badan-badan sukarela, industri, agensi dan sebagainya untuk semua petugas.

“Namun, pada masa ini, sumbangan tersebut telah berkurangan atau tiada,” kata jurucakap JKNS.

 Husam gesa K'jaan lulus peruntukan
Sementara itu, Husam mencadangkan pentadbiran Muhyiddin meluluskan segera peruntukan segera dan mencukupi untuk menyediakan kemudahan di semua hospital.

Beliau turut sekali lagi mengajak rakyat Malaysia membantu petugas baris hadapan yang masih bergelut melawan pendemik itu.

Post a Comment

0 Comments