TINDAKAN pengisytiharan darurat oleh kerajaan hanya menunjukkan bahawa pentadbiran negara kini berada dalam keadaaan semakin lemah.
Demikian pandangan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek dipetik laporan Sinar.
pandangan itu diluahkan susulan pengisytiharan darurat sehari selepas pengumuman penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan oleh pentadbiran Muhyiddin.
ADUN Ampangan itu turut mempersoalkan adakah dengan pengisytiharan darurat itu boleh menghentikan penyebaran wabak Covid-19 secara terus.
"Kita tidak nafikan keperluan untuk menumpukan segala usaha untuk membasmi wabak penyakit Covid-19 adalah sangat penting.
"Namun bagi saya, selagi pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) tatacara kesihatan tidak dipatuhi, maka kita akan menghadapi kesukaran untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 ini, biar pun terlaksananya darurat.
"Pematuhan SOP ini memerlukan pemahaman ilmu untuk mengetahui apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan, serta pematuhan disiplin yang ketat untuk setiap individu di negara ini mematuhi tatacara yang ditetapkan," katanya dipetik laporan itu.
Sementara itu tambahnya, kaedah pengurusan pandemik Covid-19 secara bersasar perlu dilaksanakan dengan penguatkuasaan sepenuhnya peraturan ketat di tempat-tempat yang dikenalpasti.
![]() |
Darurat beri kesan langsung kepada ekonomi |
Katanya, pengisytiharan darurat ini secara langsung akan memberi kesan ekonomi kepada negara dan pembangunan ekonomi di negeri.
0 Comments