PERIKATAN NASIONAL (PN) disifatkan sebagai kerajaan yang tidak mampu menjaga kepentingan Melayu dan Islam.
Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata begitu sebagai alasan mengapa parti itu tidak akan bersama gabungan politik pimpinan Muhyiddin Yassin itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
PN tidak mempunyai daya dan kekuatan yang sebenar untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.
"Peranan tersebut telah diterajui MN," katanya ketika menghadiri mesyuarat perwakilan Umno Pasir Gudang di Johor Bahru baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, Umno memutuskan untuk bertanding sebagai Barisan Nasional (BN) pada PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam masa sama tambahnya, Umno akan memperkukuh hubungan dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).
Menurut Khaled PN tidak akan mampu menarik sokongan pengundi bukan Melayu kerana gabungan tersebut hanya dilihat sebagai entiti berteraskan Melayu.
Beberapa tokoh bukan Melayu dalam PN pula, katanya, dilihat sekadar penyeri.
"Apatah lagi apabila PN tertubuh secara ad hoc, hanya di peringkat ahli-ahli parlimen, tanpa rujukan kepada ahli parti, tanpa idealisme dan ideologi jelas dan tanpa misi yang strategik untuk Malaysia," tambahnya.
![]() |
Umno tidak bersama PN pada PRU depan |
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia hari ini, sebanyak 189 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu.
Hanya satu bahagian di Kelantan dan satu di Perlis bersedia mempertahankan kerjasama sedia ada, berdasarkan kenyataan pemimpin dari bahagian tersebut.
0 Comments