Perkembangan banjir seluruh semenanjung, 4 maut setakat ini


JUMLAH
mangsa banjir di negeri Pahang dilapor meningkat kepada 17,104 orang dengan 242 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam maklumannya menyatakan Daerah Bera merupakan kawasan terbaru yang terjejas.

Di Johor pula, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS telah menurun seramai 5,485 orang setakat 7.30 pagi ini.

Bagaimanapun, difahamkan, tujuh daerah masih dinaiki air.

Manakala di Terengganu, 1,074 mangsa daripada 330 keluarga masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan setakat 8 pagi ini, menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri.

Sementara itu 1,237 mangsa dari daerah Muallim, Hilir Perak, Kampar dan Kuala Kangsar ditempatkan di 13 pusat pemindahan di Perak setakat 8 pagi ini.

Kejadian banjir di daerah tersebut dilapor berpunca dari  ban penahan banjir yang pecah berikutan hujan berterusan .

Dalam perkembangan lain, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara bekalan 67 pencawang elektrik di Pahang dan Johor akibat banjir, membabitkan 5,845 pengguna.

TNB dalam kenyataan memaklumkan setakat jam 10 pagi semalam, 57 pencawang di daerah Kuantan, Rompin, Maran, Jengka, Jerantut, Bentong, Raub dan Kuala Lipis di Pahang dihenti tugas demi keselamatan pengguna, sementara 10 pencawang di Johor melibatkan Johor Bahru, Kulai, Johor Jaya, Kluang dan Kota Tinggi turut ditutup.

Jelas TNB, penutupan 67 pencawang itu melibatkan 4,502 pengguna di Pahang dan 1,343 pengguna di Johor.

Fenomena hujan yang turun sejak Jumaat lalu turut menyebabkan kejadian tanah runtuh.

 Empat dilapor maut setakat ini
Sebanyak 139 runtuhan dikesan di sepanjang laluan naik dan turun Bukit Fraser dengan 60 daripadanya dilaporkan menghalang laluan.

Runtuhan itu ikesan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) selepas mereka menggerakkan “response team” ke tempat berlaku tanah runtuh, khususnya di tempat peranginan, Bukit Fraser dan Jalan Lama Raub-Bentong untuk membuat penilaian risiko di lapangan.

Setakat kini, kejadian banjir di pantai timur semenanjung dan Johor telah meragut empat nyawa. Manakala tiga lagi dilaporkan masih hilang.

Korban pertama banjir dicatatkan pada hari pertama kejadian banjir   apabila seorang wanita ditemukan maut akibat terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Setia, Kampung Contoh, Kluang, Johor.
 

 

 

 

Post a Comment

0 Comments