PM Belanda letak jawatan demi kestabilan politik


KERAJAAN Belanda pimpinan Perdana Menteri Mark Rutte meletak jawatan pada Jumaat susulan skandal kebajikan kanak-kanak.

Memetik laporan Agensi, tindakan itu susulan skandal tersebut dilihat boleh membawa ancaman kepada ketidakstabilan politik di negara itu.

Difahamkan, sebelum ini ribuan ibu bapa sebelum ini didakwa secara salah oleh pihak berkuasa Belanda kerana tidak sengaja menuntut elaun anak.

Kebanyakkan mereka terpaksa membayar balik sejumlah besar wang yang akhirnya memusnahkan kewangan mereka.

Ahli Parlimen Belanda memutuskan ramai keluarga menderita akibat kejadian itu dengan pegawai percukaian, ahli politik, hakim dan kakitangan awam turut menyebabkan mereka tertekan.

 Rutte akan pimpin kerajaan sementara


Walau bagaimanapun, susulan wabak Covid-19 yang masih belum reda di negara itu, Rutte dan kabinetnya akan berperanan sebagai kerajaan sementara bagi memantau pemulihan Covid-19 hingga pilihan raya pada pertengahan Mac


Sebagai rekod, Rutte merupakan pemimpin paling lama berkhidmat di Eropah sejak 2010.

Post a Comment

0 Comments