SEORANG pakar epidemiologi menggesa kerajaan mengembalikan tempoh kuarantin 14 hari ke atas pelancong antarabangsa memandangkan mutasi Covid-19 yang lebih menular sudah wujud di bahagian lain di dunia
Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, profesor epidemiologi dan biostatistik di Universiti Malaya dipetik laporan media berkata, varian Covid-19 seperti B.1.1.7 dari UK, 501Y.V2 dari Afrika Selatan dan P.1 dari Brazil masih dalam kajian oleh pakar.
Justeru tegasnya, oleh kerana data sedia ada berhubung mutasi ini masih kurang termasuk berapa lama ia boleh terus menular adalah lebih baik bagi pelancong antarabangsa dikuarantin selama 14 hari, bukannya 10 hari seperti yang ditetapkan.
“Kita tidak benar-benar tahu berapa lama tempoh penularan varian baru ini, jadi lebih baik kita berhati-hati," katanya dipetik.
Awang Bulgiba turut menjelaskan sektor kesihatan awam yang sudah terbeban dengan jumlah kes yang perlu ditangani, beliau berkata varian yang lebih menular akan menyebabkan peningkatan kes harian dan menyukarkan usaha memutuskan rantian jangkitan.
“jika tempoh penularannya lebih lama, maka jangkitan komuniti boleh berlaku jika kita membenarkan orang keluar daripada kuarantin terlalu cepat.”
“Sekalipun nisbahkes teruk tetap sama, peningkatan (jumlah) jangkitan baharu secara keseluruhan akan menambah beban sistem kesihatan awam kita yang sudah tertekan.
“Ketegangan sudah dapat dilihat dan saya tidak tahu berapa lama lagi kita boleh bertahan dengan angka sebegini, kata setiausaha agung Akademi Sains Malaysia itu.
Pada 11 Jan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan Malaysia mengesan kes pertama varian B.1.1.7 yang melibatkan seorang pengembara yang pernah ke Britain bulan lalu.
Kerajaan memutuskan tempoh kuarantin mandatori dikurangkan menjadi 10 hari daripada 14 hari sejak 14 Disember lalu.
Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, profesor epidemiologi dan biostatistik di Universiti Malaya dipetik laporan media berkata, varian Covid-19 seperti B.1.1.7 dari UK, 501Y.V2 dari Afrika Selatan dan P.1 dari Brazil masih dalam kajian oleh pakar.
Justeru tegasnya, oleh kerana data sedia ada berhubung mutasi ini masih kurang termasuk berapa lama ia boleh terus menular adalah lebih baik bagi pelancong antarabangsa dikuarantin selama 14 hari, bukannya 10 hari seperti yang ditetapkan.
“Kita tidak benar-benar tahu berapa lama tempoh penularan varian baru ini, jadi lebih baik kita berhati-hati," katanya dipetik.
Awang Bulgiba turut menjelaskan sektor kesihatan awam yang sudah terbeban dengan jumlah kes yang perlu ditangani, beliau berkata varian yang lebih menular akan menyebabkan peningkatan kes harian dan menyukarkan usaha memutuskan rantian jangkitan.
“jika tempoh penularannya lebih lama, maka jangkitan komuniti boleh berlaku jika kita membenarkan orang keluar daripada kuarantin terlalu cepat.”
“Sekalipun nisbahkes teruk tetap sama, peningkatan (jumlah) jangkitan baharu secara keseluruhan akan menambah beban sistem kesihatan awam kita yang sudah tertekan.
“Ketegangan sudah dapat dilihat dan saya tidak tahu berapa lama lagi kita boleh bertahan dengan angka sebegini, kata setiausaha agung Akademi Sains Malaysia itu.
![]() |
Kembalikan tempoh kuarantin 14 hari |

0 Comments