M'sia sepatutnya tegas dalam soal 1MDB, kata Anwar


BEKAS Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz perlu menjelaskan tuduhan yang mengaitkan keluarganya dalam kes 1MDB

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media berkata, Zeti yang kini merupakan Pengerusi Permodalan Nasional berhad (1MDB) harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan sebelum ini terkait pengetahuannya tentang akiran dana haram itu.

"Beliau (Zeti) harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB, apakah atas kapasiti sebagai Gabenor BNM beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik, "kata Anwar

Sebagai rekod, Zeti pada masa itu merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) manakala Low adalah dalang utama penyelewengan dana 1MDB melalui rangkaian pengubahan wang haram antarabangsa.

Seorang blogger dipetik laporan media mendakwa keluarga Zeti menerima dana dari ahli perniagaan Low Taek Jho daripada penjualan bon oleh Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA), yang merupakan pendahulu 1MDB.

Zeti pada Julai 2018 menyatakan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai berbilion ringgit dalam akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak

"Beliau juga mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low.

  Anwar gesa Zeti segera jawab
"Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini," tambahnya.

Jelas Ketua Pembangkang itu, individu yang mendapat faedah dan laba dalam skandal itu mesti dipertanggungjawabkan.

Ketika banyak negara telah melakukan tindakan sepatutnya dalam kes itu, Malaysia dimana skandal itu bermula tegasnya belum berbuat tindakan ketara dan meyakinkan.

"Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan.

"Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan. kebertanggungjawaban dan melawan rasuah," kata Anwar dalam kenyataan tersebut. 

Sementara itu, dalam kenyataan malam tadi, Zeti menafikan dakwaan ahli keluarga dan dirinya menerima dana daripada 1MDB.

“Dakwaan terhadap saya dan keluarga saya palsu serta berniat jahat sama sekali,” katanya.

 

 

Post a Comment

0 Comments