Wujud bukti Rosmah terima wang RM6.5 juta - pendakwaan

 


WUJUD bukti kukuh bahawa wang RM6.5 juta telah diserahkan kepada Rosmah Mansor, kata pihak pendakwaan dalam kes rasuah membabitkan isteri bekas perdana menteri itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam penghujahanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata wang itu dihantar kepada Rosmah dalam dua waktu berbeza iaitu sebanyak RM5 juta di Seri Perdana, Putrajaya manakala RM1.5 juta lagi di kediaman peribadinya di Langgak Duta.

Sri Ram merujuk wang daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin yang diberikan kepada Rosmah menerusi bekas pegawai khas tertuduh, Datuk Rizal Mansor.

Menurut pihak pendakwaan lagi, dalam satu pertemuan yang diatur oleh pemandu Rosmah pada 2016, Saidi mencadangkan kepada tertuduh bahawa dia akan menyumbang 10% nilai kontrak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penghargaan terhadap pencapaiannya.

Hujah Sri Ram, Rosmah memang meminta rasuah kerana sebaik Saidi dan Rayyan meninggalkan kediaman peribadinya, tertuduh mengarahkan Rizal menaikkan jumlah sumbangan daripada 10% kepada 15%.

Rosmah, 68, didakwa diterima menerusi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Sementara itu, pihak pendakwaan turut berkata, satu perjanjian “rundingan” palsu digunakan untuk mengaburi pembayaran rasuah daripada Saidi kepada Rosmah .

Pendakwaan turut menegaskan bahawa  perjanjian yang kini tidak dapat dijejaki itu hanya kaedah menampakkan pembayaran kepada Rosmah seperti urusan yang lazim berlaku.

 Pendakwaan dakwa perjanjian palsu digunakan


"Tujuannya adalah untuk menyediakan perjanjian bagi menyamarkan tujuan sebenar bayaran oleh Saidi kepada tertuduh. Perkataan “rundingan” sekadar cara halus untuk mengabui bayaran rasuah berkenaan,” kata dokumen mahkamah, lapor FMT.


"Selain itu, boleh dikatakan bahawa kes pembelaan kononnya wang berkenaan satu sumbangan politik adalah tidak relevan kerana mengikut takrifnya sekalipun, sumbangan adalah sejenis imbuhan,” kata pendakwaan.

Post a Comment

0 Comments