Anwar sebagai PM, janji yang perlu dikotakan - Salahuddin


TIMBALAN Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengakui Pakatan Harapan (HARAPAN) muktamad menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan besar ditubuhkan.

Dipetik laporan media, Ahli Parlimen Pulai itu berkata, ia janji yang perlu ditunaikan.

“Saya nak sebut dalam perjanjian HARAPAN iaitu kita dah namakan Anwar sebagai PM (perdana menteri) dan itu yang kita muktamadkan dalam HARAPAN.

“Jadi Amanah kita pegang dalam janji seperti Nabi S.A.W janji dalam (Perjanjian) Hudaibiyah walaupun bukan dengan orang Islam itu, ada janji yang kita kena tunaikan,” katanya dipetik sebahagian kenyataannya dalam rancangan bual bicara Astro Awani.

Salahuddin sebelumnya menulas mengenai calon perdana menteri yang akan diletakkan dalam gabungan besar itu.

Sebelum ini ada desakan dari beberapa pemimpin pembangkang terutama dari Warisan yang diketuai Shafie Apdal supaya Ketua Pembangkang ditukar.

Sebagai rekod, Anwar sepatutnya telah dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri berdasarkan perjanjian gabungan itu sebelum ini.

Bagaimanapun, janji tersebut tidak dikotakan sehingga HARAPAN tumbang melalui Langkah Sheraton yang menyaksikan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu sehingga membentuk kerajaan baru - Perikatan Nasional.

Mahathir sebelum ini dilapor media menuntut sekali lagi jawatan itu sekiranya gabungan itu dapat mengambil kembali mandat rakyat yang dirampas, namun cadangan mengangkat Mahathir sebagai perdana menteri kali ke-3 tidak dipersetujui Anwar dan KEADILAN.

Susulan itu, Mahathir memutuskan hubungan dengan Anwar dan parti pimpinan tokoh reformasi itu.

Sementara itu, Salahuddin berkata, Gabungan itu kini memerlukan kekuatan dari pemimpin lapisan kedua bagai memastikan HARAPAN dapat diperkukuh untuk masa depan.

 HARAPAN sepakat namakan Anwar calon PM


“Dalam HARAPAN ada ramai pemimpin, ramai lagi second tier (lapisan kedua) yang boleh bantu dan peranan kita sebagai pemimpin dalam HARAPAN ini adalah untuk membantu menguatkan gabungan itu


"Kekuatan pemimpin second tier adalah yang akan complement kepada kejayaan kita,” kata bekas Menteri Pertanian itu dipetik.

Post a Comment

0 Comments