SEORANG Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa.
Ia berhubung kenyataan mengenai dasar ‘No Anwar No DAP’ yang cuba dipertahankan Ahli Parlimen Ketereh itu dan pandangannya supaya parti itu membawa pemikiran baru sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Umum(PRU) akan datang.
Dipetik laporan FMT, Mohd Puad kerkata Umno sewajar bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan tidak tersasar daripada perjuangan mempertahankan Perlembagaan Negara dan kontrak sosial.
“Apa pemikiran baru yang mahu Annuar perjuangkan jika masih kekal dengan slogan ‘No Anwar No DAP’. Dia dakwa (jika) batalkan keputusan ‘No Anwar No DAP,’ kubu-kubu UmnoO akan menjadi kubur. Itu hanya sentimen.
“Patut kita lebih terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan kekal mempertahankan Perlembagaan Negara dan kontrak sosial yang dipersetujui sejak Merdeka,” kata Puad.
Mengulas lanjut Mohd Puas berkata, pihak yang mahu menguburkan Umno adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dan bukannya KEADILAN yang dipimpin Anwar mahupun parti DAP.
Sebaliknya beliau menegaskan Bersatu melihat Umno sebagai musuh dan mahu melemahkan parti tunjang Barisan Nasional itu sebelum menguburkannya terus.
![]() |
Umno wajar bersikap terbuka, kata Puad |
“Bersatu melihat Umno sebagai pesaing bukan kawan. Mereka tidak boleh haramkan Umno melalui perundangan tetapi melayan Umno dengan cara melemahkan parti dan akhirnya kuburkan Umno,” kata Puad dipetik laporan itu.
0 Comments