Pelajar maut kemalangan dengan penjual aiskrim

 


SEORANG
  pelajar berusia 16 tahun maut selepas terbabit kemalangan dengan motosikal ditunggang seorang penjual aiskrim warga Pakistan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang semalam, mangsa, Muhammad Syamil Azizi Rosli, yang beralamat di Bestari Jaya meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku di Kilometer 12 Jalan Kuala Selangor-Rawang itu turut menyebabkan warga Pakistan berkenaan parah.

"Kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Bestari Jaya ke Kuala Selangor.

"Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa telah memotong sebuah motosikal yang ditunggang rakannya, namun gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang motosikal penjual aiskrim berusia 35 tahun yang berada di hadapannya," kata Ramli dipetik laporan Sinar.

 Mangsa dilapor gagal mengawal motosikal
Mayatnya dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Katanya, penjual aiskrim yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 cedera parah di kepala dan patah tangan kiri dikejarkan ke hospital sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments