KETUA Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19.
Perkara itu disahkan pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui satu kenyataan yang disiar media.
Menurut kenyataan itu, Rina, 47, menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya pagi semalam sebelum mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.
Dua hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed disahkan positif wabak itu.
Difahamkan, Mustapa telah menghadiri mesyuarat bersama Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet di Jabatan Perdana Menteri.
![]() |
Semua menteri diarah buat saringan |
Susulan itu, semua Jemaah Menteri dan Ahli MPT Bersatu diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19.
0 Comments