DISEBALIK tekanan kuat dari Umno hadap Muhyiddin Yassin, kerajaan digesa supaya terus fokus kepada isu bebanan ekonomi yang ditanggung rakyat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (KEADILAN), Akmal Nasir turut menegaskan bahawa selain isu ekonomi, Putrajaya juga harus terus memberi tumpuan kepada tahap peningkatan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) rakyat dalam mendepani Covid-19.
“Kerajaan patut tumpu kepada soal SOP dan juga kelangsungan ekonomi sebab keadaan sangat teruk.
“Kalau bertanya dengan pemain industri mereka sekarang ini ‘menjerit’ mengharapkan kerajaan fokus pada isu yang sebenar,” katanya dipetik laporan Sinar.
Ahli Parlimen Johor Bahru itu sebelumnya mengulas tindakan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin yang menyebabkan Perikatan Nasional (PN) kini seolah-olah telur di hujung tanduk.
Untuk rekod negara sedang berdepan ancaman wabak Covid di tahap yang dianggap kritikal.
Sejak wabak itu mula dikesan pada akhir Disember lalu, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 135,992 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes. Peningkatan mendadak berlaku susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada September lalu.
![]() |
K'jaan Muhyiddin tidak stabil |
Keputusan kerajaan melaksana Perintah Kawasan Pergerakan bersyarat (PKPB) juga gagal menangani penularan wabak itu.
0 Comments