SEBUAH kerajaan perpaduan yang diketuai Pakatan harapan (HARAPAN) serta disertai gabungan parti politik lain wajar dibentuk dan diberi peluang mentadbir negara.
Naib presiden Amanah Mahfuz Omar membuat cadangan itu susulan laporan bahawa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sedang berada dalam keadaan rapuh dan lemah susulan dakwaan tidak lagi mempunyai majoriti.
Negara jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu amat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi menyelesaikan pelbagai isu dihadapi ketika ini terutama berkaitan pendemik Covid-19.
Justeru tambahnya, Muhyiddin tidak mempunyai pilihan selain dari meletakkan jawatannya.
“Kita perlukan kerajaan yang kukuh, tidak boleh lagi perbezaan tipis dengan dua atau tiga kerusi
”Tiada jalan keluar untuk selesaikan krisis politik ini selain Muhyiddin melepaskan jawatan,” kata Mahfuz dipetik.
Sabtu lalu, Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjadikan kerajaan dipimpin Muhyiddin makin hilang sokongan.
Pengarah Pilihan Raya parti Umno, Tajuddin Abdul Rahman kemudian muncul dengan kenyataan bahawa lebih ramai Ahli Parlimen parti itu bakal membuat keputusan serupa.
Sekiranya dakwaan Tajuddin itu berlaku, ia akan menyaksikan PN tumbang setelah berkuasa untuk tempoh kurang 1 tahun.
Mnakala bagi mengelak PRU diadakan, pakar berpandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh menggunakan kebijaksanaan baginda dalam menentukan individu mendapat sokongan terbanyak ahli Parlimen bagi menjadi Perdana Menteri baru.
Untuk rekod, Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa telah memperolehi sokongan besar Ahli Parlimen.
![]() |
Negara wajar ditadbir kerajaan stabil |
0 Comments