Jangan adakan PRU sekarang - Pakar Kesihatan


PARTI-PARTI politik dinegara ini didesak supaya tidak mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan pada suku pertama tahun ini.

Desakan itu dibuat Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar yang menyifatkan langkah mengadakan PRU dalam tempoh pendemik Covid-19 sebagai tindakan tidak wajar.

Pakar perubatan itu turut menegaskan bahawa PRU akan hanya memburukkan lagi penularan wabak tersebut walaupun program vaksinasi Covid-19 dikatakan akan dilaksanakan seawal Mac.

Dipetik laporan FMT, Dr Zainal turut mengingatkan bahawa fokus utama yang perlu diberikan kerajaan ketika ini seharusnya untuk mengurangkan kes jangkitan wabak tersebut yang semakin membimbangkan.

“Ahli politik diminta bersabar, kalau boleh usahakan cara lain selain pilihan raya. Tidak wajar adakan PRU dalam suku pertama tahun atau dalam tahun ini walaupun vaksin telah ada.

“Kita perlu betul-betul mengurangkan kes jangkitan dalam komuniti. Ini mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi,” katanya bekas Pengarah Kesihatan Negeri Pahang itu dipetik laporan tersebut.

Umno kebelakangan itu dilihat memberi tekanan kuat kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin termasuk mahu menarik semula sokongan diberikan mereka kepada Perikatan Nasional.  Mereka mendesak supaya PRU diadakan dengan alasan bagi mengembalikan semula kestabilan politik.

Parti Pribumi bersatu malaysia (Bersatu) yang diterajui oleh  Muhyiddin Yassin pula dilapor mencadangkan untuk mengadakan PRU-15 selepas pandemik Covid-19 reda dan bekalan vaksin mula diagihkan kepada rakyat.

Bagaimanapun, warganet menyelar tindakan kedua-dua parti itu yang disifatkan mereka sebagai tamak kuasa.

Dr Zainal turut menegaskan bahawa pengalaman selepas pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang menyaksikan berlaku pergerakan bebas merentas negeri ketika tempoh kempen  jelas menunjukkan risiko tercetusnya gelombang baharu wabak itu.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam memberi amaran “keadaan lebih buruk akan berlaku” dalam suasana situasi jangkitan Covid-19 dilaporkan semakin meningkat.

 PRU akan wujudkan gelombang baru
Dalam catatan di Facebook, Noor Hisham berkata antara Jan dan Sept tahun lepas, negara mencatatkan kurang daripada 100 kematian akibat Covid-19.

Bagaimanapun setakat 9 Jan, katanya, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 71 kes, sekali gus menzahirkan perasaan bimbangnya perkara buruk akan berlaku.

Post a Comment

0 Comments