Letak jawatan PM jika pentingkan negara, kata Mahfuz


PRESIDEN Parti Pribumi bersatu Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin disaran supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Gesaan itu dibuat Ahli parlimen Pokok Sena yang juga Naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar yang berpandangan Muhyiddin tidak lagi memiliki sokongan dari Umno.

"Jika benar Muhyiddin meletakkan kepentingan negara di depan, beliau perlu sedia berkorban. Ketika ini beliau jelas tidak mendapat sokongan parti yang sama-sama mendirikan kerajaan sedia ada.

"Dengan cara itu, kita serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menentukan individu mendapat sokongan terbanyak ahli Parlimen bagi menjadi Perdana Menteri," katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.
 
Menurutnya, jika Muhyiddin berjiwa besar dengan melepaskan jawatan, seluruh ahli Parlimen perlu berlapang dada untuk menerima apa jua keputusan Yang di-Pertuan Agong selepas itu.

"Apa yang penting ialah kita dapat menyelamatkan negara tanpa perlu mengadakan pilihan raya umum dalam keadaan sekarang," katanya

Sebagai rekod, hampir semua bahagian Umno baru-baru ini mengambil pendirian agar parti itu memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) menjelasng Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

 Muhyiddin mesti utamakan kepentingan negara


Umno mendesak PRU itu dilakukan dilakukan sebelum berakhir suku pertama 2021.


Sementara itu, Mahfuz menegaskan PRU seperti dituntut Umno bukan pilihan terbaik berikutan penularan pandemik Covid-19 semakin meningkat.
 

Post a Comment

0 Comments