Landskap politik negara berubah jika Umno sokong Anwar jadi PM

 

LANDSKAP politik negara diramal berubah sekiranya parti Umno memutuskan untuk bekerjasama dengan DAP bagi memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara sebagai perdana menteri baharu.

Pandangan itu dinyatakan Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian dalam satu laporan oleh Sinar.

Menurut Sivamurugan, sekiranya perkara itu berlaku, politik negara akan menyaksikan tiada lagi musuh atau lawan yang tetap dalam politik.

“Sebenarnya penjajaran politik bukan satu perkara baharu tetapi jika berlaku ia akan membawa kepada senario baharu politik.
 
“Namun, kesannya besar terutama kesediaan di peringkat akar umbi baik bagi Umno, DAP dan KEADILAN,” katanya dipetik.

Sebagai rekod, ketika ini Umno bekerjasama dengan MCA di dalam Barisan Nasional (BN). Manakala Gerakan yang majoriti keahlinya dari kaum Cina memutusakan keluar BN pada 2018.

 Lanskap politik dijangka berubah
Sementara itu, Sivamurugan berkata, keputusan itu bakal memberi kesan besar kerana Umno yang sebelum ini berpendirian menolak kerjasama politik dengan DAP.

Justeru katanya, sama ada UMNO akan lebih kukuh atau sebaliknya menerusi kerjasama dengan rakan politik baharu itu  jelasnya akan bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan yang boleh dibina dalam kalangan ahli parti yang masih memegang  pendirian itu.


Post a Comment

0 Comments