Jambatan Kampung Temalir runtuh dihanyut arus deras

 


PENDUDUK Kampung Temalir di Kuala Krai terputus hubungan setelah jambatan yang menjadi nadi kehidupan mereka runtuh dihanyutkan arus deras banjir.

Dipetik laporan Sinar, pendudukan menyedari jambatan itu runtuh pagi semalam apabila mereka mahu menggunakan kemudahan tersebut.

Seorang penduduk, Sabariah Che Kub, 53, berkata, situasi itu menyebabkan penduduk tidak dapat keluar dari kawasan tersebut untuk mendapatkan bekalan makanan.

"Laluan alternatif ada, tapi hanya boleh dilalui oleh kenderaan jenis pacuan empat roda sahaja.

"Bagi penduduk yang tiada kemudahan itu, agak sukarlah untuk mereka keluar. Lagipun keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini boleh mendatangkan risiko kepada penduduk," katanya  dipetik laporan portal itu.

Penduduk kampung terputus hubungan
Katanya, penduduk kampung berharap pihak berkuasa dapat menghulurkan bantuan segera kepada mereka.

Difahamkan, pada 2 Jun lalu, penduduk kampung bergotong-royong memperbaiki laluan jambatan Kampung Temalir yang juga runtuh dihanyutkan arus deras.


Post a Comment

0 Comments