KEPUTUSAN Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendapat perhatian Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keputusan itu kerana hak berpersatuan termaktub dan dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen mengingatkan supaya JPPM tidak dijadikan alat politik.
“Kita harus desak JPPM menjelaskan kenapa pendaftaran dua parti ini ditolak. JPPM bukanlah alat politik untuk kerajaan persekutuan gunakan dan manipulasinya bersesuaian agenda mereka,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan JPPM menolak permohonan Pejuang yang asaskan bekas pengerusi Umno dan Bersatu, Dr Mahathir Mohamad,
Tidak lama kemudian, Muda yang diketuai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 anak muda turut ditolak tanpa memberi sebarang sebab.
Muda dalam kenyataan kecewa dengan penolakan JPPM, mengatakan pihaknya sudah memberikan kerjasama dan mematuhi segala syarat untuk pendaftaran.
Malah Syed Saddiq mempersoalkan apakah ada pihak yang gentar dengan penubuhan parti mewakili golongan muda sehingga menghalang pendaftaran parti berkenaan.
“Tiada sebab kukuh untuk JPPM menolak pendaftaran Muda. Kebebasan berpersatuan dan hak untuk mengambil bahagian dalam preoses demokratik negara adalah hak asas setiap warganegara Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan tetapi hak ini dinafikan kerajaan,” katanya.
![]() |
Anwar kritik keputusan JPPM |
“Mereka perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka ini,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.
0 Comments