Annuar Musa 'jual' DAP untuk selamatkan karier politik - Guan Eng


BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa diingatkan agar tidak mengheret DAP dalam permasalahan dalaman Umno.

Dalam satu sidang media, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Annuar tidak sepatutnya mereka-reka cerita kononnya berlaku kerjasama antara DAP dan UMNO untuk membentuk kerajaan baharu.

"Saya ingin tegaskan di sini, apa yang dinyatakan oleh Annuar adalah tidak benar sama sekali dan tidak berasas. Sebarang perbincangan membabitkan kerjasama politik," tegasnya.

Guan Eng turut menegaskan sekiranya benar ada usaha kerjasama antara Umno dan DAP, perbincangan itu tegasnya akan melibatkannya sebagai Setiausaha parti itu.

"Bagaimanapun, ia tidak pernah berlaku," katanya sambil menggelar Annuar Musa sebagai lidah biawak kerana bercakap tidak benar dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu turut mengingatkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu agar tidak mempergunakan DAP untuk menyelamatkan karier politiknya.

"Annuar seorang ahli politik yang tidak berwibawa dan tidak ikhlas. Beliau jelas menggunakan DAP untuk menyelamatkan karier politiknya.

"Saya melihat Annuar mahu menjual UMNO untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tapi jika mahu melakukan perkara itu sekali pun, jangan perdagangkan DAP kerana kita tidak terlibat langsung. DAP tidak tahu apa-apa," katanya.

"Jadi, kenapa nak kaitkan DAP dalam hal ini. Ia jelas satu tindakan tidak berprinsip," kata Guan Eng lagi.

 Lim Guan Eng bidas dakwaan Annuar Musa
Terdahulu, Annuar mendedahkan bahawa Umno kini bersiap untuk bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baharu, dakwanya  ahli parti itu telah bertemu dengan pemimpin DAP untuk membincangkan perkara tersebut.

"Sekali lagi, DAP tidak tahu apa-apa dalam hal ini, malah kerjasama antara Umno pula, tidak pernah dibincangkan. DAP juga tidak berminat dengan isu dalaman yang berlaku Umno pada ketika ini.


Post a Comment

0 Comments