JAWATANKUASA Kira-kira Wang Negara (PAC) menegaskan bahawa tiada apa-apa sebab boleh mempengaruhi prosidingnya mengenai isu perolehan vaksin Covid-19.
Pengerusinya, Wong Kah Who dalam satu kenyataan berkata begitu sebagai merujuk berkenaan “Non Disclosure Agreeement” (NDA) antara kerajaan dan pengeluar vaksin tersebut seperti yang disebut Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin sebelum ini.
Secara amnya kata Kah Who, NDA tidak sewajarnya mengekang tugas dan peranan PAC.
"Dalam perkara ini, PAC akan mengimbangi antara peranan dalam melaksanakan penelitian legislatif dengan peruntukan NDA dalam perjanjian komersial sedia ada, untuk memastikan tidak berlakunya sebarang pelanggaran perjanjian.
“PAC menegaskan tidak akan berkompromi dengan prinsip ketelusan dalam menjalankan tugasan, dan pada masa sama akan menjaga kepentingan negara sementara menghormati perjanjian yang telah dimeterai,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu tambahnya, jawatankuasa berkenaan akan mengadakan mesyuarat khas bersama Kementerian tersebut dan juga Kementerian kesihatan sebelum laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat, dalam memastikan segala syarat perjanjian berkenaan dipatuhi.
Terdahulu, beliau berkata jawatankuasa itu mengadakan prosiding perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia membabitkan dua kementerian berkenaan.

![]() |
PAC tetap pegang prinsip ketelusan |
Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Adham Baba dilapor hadir ke pejabat PAC di Parlimen bagi memberi keterangan dan penjelasan berhubung isu perolehan dan penggunaan vaksin.
Sebelum ini, Khairy yang merupakan Ahli Parlimen rembau menyatakan kesediaan memberi taklimat berhubung kos sebenar pemerolehan vaksin tersebut.
Namun meletakkan syarat PAC mesti menjamin kerahsiaannya dari didedahkan kepada umum.

0 Comments