MAHKAMAH Persekutuan di Putrajaya sebulat suara memutuskan sekatan perjalanan dikenakan keatas Maria Chin Abdullah atas alasan Ahli Parlimen Petaling Jaya itu akan memburuk-burukkan kerajaan adalah tidak sah.
Pendirian itu dinyatakan panel tujuh hakim Mahkamah persekutuan yang bersidang hari ini.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan penghakiman berkata, bahawa tidak ada peruntukan undang-undang yang menyatakan dengan jelas dan tegas bahawa ketua pengarah Imigresen dan menteri dalam negeri berhak untuk mengenakan larangan perjalanan ke atas Maria.
"Hak untuk melakukan perjalanan ke luar negara adalah hak asasi yang dijamin kepada semua orang di bawah Artikel 5 (1) Perlembagaan Persekutuan. Ini jelas dari fakta bahawa hak perayu (Maria) telah dicabulinya," katanya
Mahkamah juga berpendapat prinsip undang-undang yang ditetapkan dalam dua keputusan mahkamah sebelumnya – Kerajaan Malaysia & Ors v Loh Wai Kong dan Pihak Berkuasa Negeri Sabah v Sugumar Balakrishnan – mengenai hal berkaitan imigrasi adalah contoh yang baik untuk dipatuhi.
Maria, sebelum ini memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Imigresen yang menghalangnya melakukan perjalanan ke Korea Selatan pada 15 Mei 2016, untuk menerima anugerah bagi Bersih 2.0.
Pada mei 2017 Mahkamah tinggi menolak permohonan semakan kehakimannya, manakala rayuannya ditolak di Mahkamah Rayuan pada 25 Mei 2018.
Sementara itu,Tengku Maimun berkata, perkara 3 dalam suatu pekeliling membenarkan ketua pengarah mengenakan larangan perjalanan tetapi dalam kes Maria, dia tidak menunjukkan sebab kenapa ia perlu dilakukan.
“Sebaliknya, apa yang mereka lakukan adalah ‘menyenarai hitam’ (Maria) untuk menyekat perjalanannya walaupun beliau mempunyai pasport yang sah,” katanya.
![]() |
Hak Maria telah dicabuli, kata Mahkamah |
Mahkamah Tinggi sebelum ini tambah Tengku Maimun secara sempit membaca Perkara 5(1) mengenai kebebasan peribadi untuk menafikan hak melakukan perjalanan.
0 Comments