Kes covid mampu melonjak 8,000 kes sehari - Laporan

 


KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memberi bayangan Malaysia akan merekodkan peningkatan jumlah kes Covid-19 sehingga 8,000 kes sehari pada akhir Mei ini.

dipetik laporan Malaysiakini, situasi buruk itu dijangka boleh berlaku sekiranya kadar infektiviti negara berterusan pada 1.1, menurut unjuran Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebelumnya, Dr Noor Hisham memuat naik dua carta di Twitternya yang menunjukkan kemungkinan senario untuk negara sekiranya gagal menurunkan Covid-19 kepada R-naught, yang kini berada di sekitar 1.1.

"Perhatikan kepada kes harian Covid-19 dan jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 dengan kadar kebolehjangkitan Ro/Rt pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia,” ciap Noor Hisham di Twitternya.

Angka R-naught digunakan oleh ahli epidemiologi untuk menerangkan tahap keseriusan sesuatu penyakit berjangkit. Dengan angka 1.1, KKM mengunjurkan bahawa jangkaan peningkatan 3,000 kes sehari pada minggu kedua bulan Februari dan terus meningkat menjadi 5,000 kes sehari dalam minggu kedua bulan April.

Sekiranya berterusan, jumlah kes harian dijangka meningkat kepada 5,000 kes sehari pada suku ketiga Febuari dan akan meningkat menjadi 8,000 pada minggu keempat bulan Mei, tulis laporan itu.

 Negara perlukan solusi segera
Pada Khamis, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 3,027 kes harian baru dilaporkan, ia pertama kali negara mencatatkan jumlah kes baru melebih 3,000. Lonjakan besar kes harian itu telah meningkatkan kadar infektiviti Covid-19 negara dari 1.07 menjadi 1.11.

Beliau dalam kenyataan turut menegaskan bahawa negara kini berdepan dengan situasi yang kritikal dan memerlukan solusi ‘pemutus litar’ dalam menurunkan jumlah kes Covid-19.


Post a Comment

0 Comments