BEKAS Menteri Besar Johor dari Bersatu, Osman Sapian menyifatkan Umno sebagai parti politik yang tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.
Ia susulan perkembangan terkini yang menyaksikan parti itu mahu memutusakan hubungan dengan Bersatu dan keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin Yassin.
“Pada pendapat saya, jika itu yang mereka mahu bermakna mereka tidak ada kejujuran,” kata ADUN Kempas itu dipetik laporan portal FMT.
Tambahnya, jika Umno benar-benar mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu, ia boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri yang dikuasai PN di Johor, Umno jelasnya sukar mendapatkan majoriti bagi membentuk kerajaan di negeri itu.
“Kalau sudah didesak macam ini, majlis pimpinan tertinggi (PPBM) kena perhalusi perkara ini secepat mungkin,” menurut sebahagian kenyataan Osman.
Sebagai rekod, krisis antara kedua-dua parti itu semakin memburuk, hampir semua bahagian Umno mendesak supaya kerjasama antara kedua-dua parti tidak lagi diteruskan.
Umno dijangka akan membawa usul memutuskan hubungan dengan Bersatu ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, berkata ia bagi membolehkan usul itu diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan parti tersebut.
Antara punca keretakan hubungan kedua-dua parti antaranya berhubung tindakan Umno membawa usul percaya yang membawa kepada tersingkirnya Naib Presiden parti Bersatu, Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak dan dakwaan kononnya Bersatu menawarkan wang untuk memancing ahlinya menyertai parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu.
Ia susulan perkembangan terkini yang menyaksikan parti itu mahu memutusakan hubungan dengan Bersatu dan keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin Yassin.
“Pada pendapat saya, jika itu yang mereka mahu bermakna mereka tidak ada kejujuran,” kata ADUN Kempas itu dipetik laporan portal FMT.
Tambahnya, jika Umno benar-benar mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu, ia boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri yang dikuasai PN di Johor, Umno jelasnya sukar mendapatkan majoriti bagi membentuk kerajaan di negeri itu.
“Kalau sudah didesak macam ini, majlis pimpinan tertinggi (PPBM) kena perhalusi perkara ini secepat mungkin,” menurut sebahagian kenyataan Osman.
Sebagai rekod, krisis antara kedua-dua parti itu semakin memburuk, hampir semua bahagian Umno mendesak supaya kerjasama antara kedua-dua parti tidak lagi diteruskan.
Umno dijangka akan membawa usul memutuskan hubungan dengan Bersatu ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung bulan ini.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, berkata ia bagi membolehkan usul itu diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan parti tersebut.
![]() |
Osman sifatkan Umno tak boleh dipercayai |
0 Comments