KEMENTERIAN Kesihatan mendedahkan penempatan pesakit Covid-19 di hospital dan pusat kuarantin menghampiri kapasiti maksimum.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia susulan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan mencecah 23,000 kes.
“Kita sedang melihat kepada persediaan iaitu kuarantin bagi pesakit tahap satu dan dua di rumah masing-masing.
“Beberapa kriteria sedang diperkemaskan bagi membolehkan kes positif tahap satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan supaya dikuarantin atau diasingkan di rumah dapat dipertimbangkan,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Menurutnya, kes tahap satu dan dua yang ditempatkan di pusat kuarantin kini hampir mencecah 89 hingga 90 peratus.
![]() |
Kapasiti pusat kuarantin hampir penuh |
Sementara itu Dr Noor Hisham turut berkata, jika lihat perkembangan kes dari hari pertama virus Covid-19, banyak yang tidak diketahui.
“Apa yang penting sekarang ini, kebolehjangkitan itu sama ada boleh dikawal atau sebaliknya,” katanya.
0 Comments