Jangan abai kebajikan petugas barisan depan


49
pertubuhan profesional yang mewakili doktor, pakar, jururawat, ahli farmasi dan pengamal kesihatan  menggesa kerajaan dan semua rakyat untuk menjaga kebajikan petugas kesihatan yang bergadai nyawa memerangi wabak Covid-19 pada masa ini.

Kumpulan itu yang menggelar di mereka sebagai Gabungan Kesihatan Malaysia membuat gesaan itu ketika semakin ramai petugas barisan hadapan mengalami kelesuan (burnout) susulan peningkatan penularan.

“Trend ini tidak mengejutkan kerana mereka telah berdepan Covid-19 hampir setahun.

“Kita harus melaksanakan tugas untuk menjaga mereka, sebagaimana mereka menjaga kita," menurut gabungan itu dalam kenyataan.

Dalam kenyataan itu juga, mereka menuntut kerajaan melaksana tiga langkah melindungi pengamal kesihatan, ia adalah memperkuat sokongan psikologi dan kesihatan mental; mendengar permintaan dan aduan petugas barisan hadapan dan memberi mereka jawatan tetap dan keselamatan kerja.

“Pemulihan dari segi mental dan emosi akibat wabak ini akan ambil masa, jadi hal-hal ini perlu diwujudkan untuk memastikan kakitangan kesihatan menerima sokongan untuk tahun-tahun mendatang," kata mereka.

Mereka turut merujuk luahan petugas barisan hadapan yang menceritakan keadaan mereka, termasuk dua kakitangan Hospital Sungai Buloh - hospital utama dalam rawatan Covid-19 di Malaysia.

“Pembuat dasar harus ingat, keselamatan kakitangan hospital juga bersamaan dengan keselamatan pesakit.

“Petugas barisan hadapan kita perlu diiktiraf atas pengorbanan mereka.

 Kebajikan frontliner perlu dijaga
“Kita harus berbuat demikian dengan memastikan kerjaya mereka terjamin, yang akan menjadikan masa depan sistem kesihatan turut terjamin,” katanya lagi.

Berhubung masalah jaminan pekerjaan, gabungan itu turut mengulangi gesaan agar kerajaan mewujudkan lebih banyak jawatan tetap dan lanjutan tempoh kontrak terhadap pegawai perubatan dan profesional lain.

Post a Comment

0 Comments