HSR: cerminan ketidakupayaan K'jaan PN dalam buat keputusan


PEMBATALAN  Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura mencerminkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mampu memimpin Malaysia.

Naib Presiden Umno, Khaled Nordin dipetik laporan media berkata, pembatalan projek itu jelas membuktikan kelemahan pentadbiran Muhyiddin itu dalam pentadbiran dan proses membuat keputusan.

Mereka tegasnya seolah-olah tidak memahami apa yang sebenarnya ingin dimanfaatkan daripada kerjasama serantau antara Malaysia dengan Singapuraitu.

"Malaysia kini hilang peluang keemasan untuk merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua bandar metropolis yang merupakan antara enjin ekonomi utama Asia Tenggara.

"Kerajaan Malaysia tidak dapat membuat keputusan yang tegas dan konsisten berhubung integrasi ekonomi rentas sempadan kedua-dua negara, malah memaparkan pendirian yang ‘flip flop’ ," katanya dalam hantaran di Facebook.

Pentadbiran PN jugategasnya tidak konsisten dengan keputusan terdahulu dibuatnya.

"Akibat sikap tidak konsisten ini, projek HSR yang mendatangkan pelbagai manfaat ekonomi menjadi mangsa ketidakpastian," katanya lagi.

 Banyak pihak kecewa dengan pembatalan HSR
Pentadbiran PN dikritik susulan terbatalnya projek HSR. Pembatalan projek itu yang dijangka membantu merangsang ekonomi di tiga daerah di Johir dianggap seperti 'membunuh' ekonomi Johor.


Malah Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir juga sebelum ini menegaskan bahawa pembatalan itu telah membazirkan wang pembayar cukai susulan Malaysia terpaksa membayar kira-kira RM310 juta sebagai pampasan susulan pembatalan itu.



Post a Comment

0 Comments