AMK gesa pemuda Umno lapor SPRM dakwaan Bersatu 'beli dan curi' ahli


ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) menyarankan Pemuda Umno supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli-ahli parti itu.

Menurut Ketua AMK Akmal Nasir, tindakan melaporkan dakwaan itu kepada SPRM adalah langkah terbaik, malah selaras dengan Perkara 25 (1) Akta SPRM iaitu kewajipan melaporkan sogokan.
 
"Ini juga akan memungkinkan siasatan akhirnya dibuat terhadap rakaman suara yang bocor sebelum ini mirip (Tan Sri) Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM) berkenaan sogokan jawatan dan lantikan untuk sokongan bagi membentuk kerajaan serta kontroversi tawaran surat sokongan Pemuda Bersatu sebagai meraih undi ketika perebutan jawatan parti.

"Sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan siasatan walaupun telah banyak laporan dibuat," kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 2 Januari lalu, Asyraf mendesak Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin menghentikan segera sebarang usaha untuk bersaing ahli anatara Umno.

Bersatu dakwanya membayar sehingga RM100 kepada setiap ahli Umno yang menyertai parti itu, malah cawangan yang ditubuhkan pula diberi peruntukan RM3,000 hingga RM5,000.
 
Tegasnya, “Fenomena ‘curi’ dan ‘beli’ ahli jika diteruskan akan mengesahkan segala persepsi dan dakwaan selama ini bahawa matlamat Bersatu ditubuhkan dan gabungan besar parti PN diwujudkan hanyalah untuk melemahkan dan menggantikan Umno.
 
Untuk rekod, sebelum ini tular satu rakaman dikaitkan dengan Muhyiddin di Facebook yang dikaitkan dengan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohammad.
 
Dalam rakaman itu yang didakwa dirakam dalam mesyuarat Majlis Tertinggi itu pada 23 Febuari sebelum kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) ditumbangkan, seorang lelaki yang suaranya mirip Muhyiddin didengar mengatakan bahawa ahli parlimen Umno akan bergabung dengan Bersatu jika mereka ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kalau dia (ahli parlimen Umno) tahu kerajaan baru nak terbentuk, Umno masuk, 'why don't you come in now, why don't you join us now rather than you join later?' (Kenapa tak sertai kami sekarang, daripada sertai kemudian?)

"Saya fikir kalau itu kita lakukan, sebahagian besar mungkin tinggalkan Umno (dengan hanya) 10 hingga 20 tinggal Najib (Razak) dan puak-puak dia.

"Lebih-lebih lagi kalau ada jawatan. Tak jadi menteri, jadi chairman of GLC (pengerusi GLC)," kata suara itu.

 AMK kecewa politik kotor kembali subu


Sementara itu tambah Akmal. dakwaan Asyraf bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh, hanya telah mengesahkan bahawa budaya politik wang kembali mekar.


"Amat mendukacitakan apabila amalan kotor ini melibatkan parti-parti politik yang berselindung di sebalik sentimen agama dan bangsa," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments