AHLI PARLIMEN Pasir Gudang, Hassan Karim menegaskan bahawa tindakan Umno mendesak supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini akan mencetuskan gelombang keempat penularan Covid-19 di negara ini.
Menyifatkan tindakan itu sebagai mementingkan nafsu politik untuk kembali berkuasa, Hassan menegaskan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab terutama ketika rakyat sedang bergelut meneruskan kelangsungan hidup.
"Ini (adakan PRU15) adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Umno kalau nak buat keputusan yang 'betul', jangan teragak-agak. Sekejap nak PRU, sekejap nak tarik balik sokongan (terhadap kerajaan Perikatan Nasional) tapi tak tarik juga.
"Sekejap nak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (jadi Perdana Menteri) tapi lepas tu tak sokong pun. Sekejap nak menentang Belanjawan 2021 tapi tak tentang juga.
"Bagi saya, orang sudah tidak hormati keputusan Umno," katanya dalam satu sidang akhbar di Pasir Gudang.
Hassan berkata begitu sebagai mengulas gesaan Umno pada Rabu yang mengges PRU15 diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan Covid-19.
Hassan berkata, dalam keadaan sekarang negara masih perlu sebuah kerajaan walaupun kerajaan yang ada sekarang ini dikatakan kerajaan pintu belakang, kerajaan tebuk atap atau kerajaan yang tiada mandat rakyat.
"Ini adalah kerajaan yang dibenarkan undang-undang walaupun daripada segi moralnya boleh dipersoalkan. Bayangkan tiba-tiba kita adakan PRU15 dengan kerajaan sementara dan Perdana Menteri Interim dilantik, kes Covid-19 akan meningkat.
![]() |
Desak PRU tindakan tak bertanggungjawab |
0 Comments