Nyawa rakyat dalam risiko jika adakan PRU sekarang


PENGERUSI Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Thomas Fann menyelar pihak yang kuat menggesa supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segara.

Melalui satu kenyataan, Thomas berkata, dakwaan diberikan mereka kononnya PRU itu perlu bagi mengembalikan kestabilan politik cuma alasan ahli politik tamak untuk merebut kuasa.

Malah mengadakan PRU ketika pendemik Covid-19 masih tidak terkawal tegasnya bukan idea bijak kerana hanya akan membahayakan nyawa rakyat.

"Banyak nyawa akan hilang dan pemulihan ekonomi menjadi mustahil dalam jangka pendek hingga sederhana.

"Tidak seperti Pilihan Raya Kecil (PRK), PRU diadakan di seluruh negara yang melibatkan mobilisasi ratusan ribu orang seperti pekerja pilihan raya, pekerja parti, pemerhati, pekerja kesihatan dan pengundi," katanya.

Selain meletakkan nyawa rakyat dan petugas pilihan raya dalam risiko, kerajaan juga katanya memerlukan kos tambahan dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dalam pencegahan jangkitan Covid-19 yang sekaligus menambah beban kewangan negara.

Sementara itu, dengan mengadakan pilihan raya, ia tidak menjamin kestabilan politik dapat dipulihkan, ia jelasnya memandangan ketiadaan undang-undang untuk menghalang seseorang wakil rakyat dari melompat parti.

"Kecuali jika semua parti politik memberikan komitmen untuk mengambil langkah-langkah mencegah berlakunya lompat parti.

 Bersih bantah PRU ketika pendemik


"Perlu juga diadakan reformasi amalan peruntukan dana pembangunan yang tidak setara, memastikan kesamarataan dalam undang-undang dengan mengakhiri pendakwaan terpilih dan menghadkan bilangan menteri dan timbalan menteri yang dilantik," katanya.


Ahad lalu Umno dilaporkan mendesak agar PRU ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin. Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih 30 negara di dunia sudah mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan penularan Covid-19.



 

Post a Comment

0 Comments