BEKAS ketua hakim negara, Tun Mohamed Salleh Abas disahkan positif Covid-19.
Berita itu dimaklumkan Presiden as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed.
Dipetik laporan media, Abdul Aziz berkata, Salleh yang juga pengerusi syarikat amanah itu kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini dan dalam keadaan stabil.
“Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur," jelasnya.
Selain Mohammed Selleh, Senator Dewan Negara, Yaakob Sapari turut disahkan positif Covid-19.
Memetik lapora Malaysiakini, Yaakob disahkan positif hari ini selepas menjalani ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag), sehari sebelum beliau dijadualkan menghantar bantuan kepada mangsa banjir.
Yaakob yang merupakan bekas Exco kerajaan Selangor mengambil ujian berkenaan secara sukarela untuk memastikan dirinya bebas Covid-19 sebelum berlepas ke Kuantan esok.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ahli politik terbaru disahkan positif wabak itu.
Sumber yang rapat dengan vateran Umno itu berkata, pengerusi jemaah penasihat Umno itu berada dalam keadaan sihat dan stabil tanpa mengalami sebarang komplikasi dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara.
Sepanjang minggu ini, tiga menteri kabinet dan seorang timbalan menteri disahkan positif.
Mereka
ialah Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin pula disahkan positif pada Rabu.
Berita itu dimaklumkan Presiden as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed.
Dipetik laporan media, Abdul Aziz berkata, Salleh yang juga pengerusi syarikat amanah itu kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini dan dalam keadaan stabil.
“Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur," jelasnya.
Selain Mohammed Selleh, Senator Dewan Negara, Yaakob Sapari turut disahkan positif Covid-19.
Memetik lapora Malaysiakini, Yaakob disahkan positif hari ini selepas menjalani ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag), sehari sebelum beliau dijadualkan menghantar bantuan kepada mangsa banjir.
Yaakob yang merupakan bekas Exco kerajaan Selangor mengambil ujian berkenaan secara sukarela untuk memastikan dirinya bebas Covid-19 sebelum berlepas ke Kuantan esok.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ahli politik terbaru disahkan positif wabak itu.
Sumber yang rapat dengan vateran Umno itu berkata, pengerusi jemaah penasihat Umno itu berada dalam keadaan sihat dan stabil tanpa mengalami sebarang komplikasi dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara.
Sepanjang minggu ini, tiga menteri kabinet dan seorang timbalan menteri disahkan positif.
![]() |
Kesemua mereka sedang dirawat |

0 Comments